Esukan

LGD Umum Akan Berpindah Ke Hangzho – Mahu Bina Arena Dengan Kapasiti 3000 Penonton

3 tahun lalu

LGD Umum Akan Berpindah Ke Hangzho – Mahu Bina Arena Dengan Kapasiti 3000 Penonton

LGD Gaming menerusi akaun Sina Weibo mereka memaklumkan bahawa organisasi itu akan memindahkan kesemua pasukan mereka ke Hangzho. Hangzho merupakan tempat dimana organisasi itu ditubuhkan walaupun kebanyakkan pasukan mereka hari ini berpangkalan di Shanghai.

LGD mengumumkan bahawa mereka mahu menjadi organisasi yang mewakili Hangzho, sepertimana pasukan bolasepak Bayern yang mewakili bandar Munich dan Real Madrid yang mewakili bandar Madrid. LGD akan mula memindahkan pasukan paskan mereka ke Star Studios di Hangzho bermula September ini.

Star Studios merupakan sebuah pawagam yang akan diguunakan oleh organisasi itu sebagai dewan khas yang akan dibuka untuk penonton menonton perlawanan esukan. Star Studios buat masa ini mempunyai kapasiti 600 orang penonton. LGD memaklumkan bahawa mereka berhasrat untuk membangunkan sebuah dewan yang lebih besar kelak dengan kapasiti sebesar 3000 orang penonton.

Sumber : Yahoo Esport

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments