CSGO Esukan

ESL – Pengunaan Booth Kalis Bunyi Hanya Memisahkan Pemain Dari Penonton

4 tahun lalu

ESL – Pengunaan Booth Kalis Bunyi Hanya Memisahkan Pemain Dari Penonton

ESL


ESL hari ini mengeluarkan reaksi berkaitan kontroversi mengenai penggunaan fon telingan kalis bunyi yang dikatakan masih menyebabkan pemain mampu mendengar reaksi penyokong semasa perlawanan kompetitif. Reaksi penyokong merupakan salah satu perkara yang menjadikan sukan sesuatu yang menarik namun reaksi penyokong yang berlebihan menyokong sesuatu pasukan didalam perlawanan esukan mampu memberikan mereka kelebihan berbanding pasukan lawan.

Penyokong mampu memerikan reaski terhadap strategi atau tindakan pemain didalam perlawanan sekaligus menyebabkan pemain sedar tentang apa yang lawan mereka cuba lakukan. Pemain CSGO bagi pasukan Cloud9, Mike “shroud” Grzesiek sendiri menyatakan bahawa mereka pernah menggunakan kelebihan ini semasa didalam perlawanan.

ESL berkata, mereka sedang membangunkan dan memperbaiki teknologi untuk mengawal masalah ini namun tidak akan memilih booth kalis bunyi sebagai solusi dalam masa terdekat ini. ESL memaklumkan bahawa penggunaan booth kalis bunyi merupakan solusi yang bagus untuk isu bunyi namun menyebabkan pemain dan penyokong terpisah sekaligus menyebabkan suasana kejohanan tidak semeriah tanpa penggunakan ooth kalis bunyi.

Mereka berkata bahawa reaski antara penyokong dan pemian merupakan perkara penting yang dapat memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada penyokong dan pemain.