Dota 2 Esukan

Epicenter 2017 – Dota 2 : Peringkat Kumpulan

3 tahun lalu

Epicenter 2017 – Dota 2 : Peringkat Kumpulan

Peringkat kumpulan kejohanan Dota 2 berakhir dengan perlawanan antara pasukan Secret dan juga LGD.Forever Young yang memihak kepada pasukan LGD.Forever Young. LGD.FY muncul pasukan teraik agi kumpulan A setelah menewaskan kesemua lawan mereka pada peringkat kumpulan. Tempat kedua kumplan A pula disandang oleh pasukan Secret yang hanya tewas kepada pasukan LGD.FY.

Tempat ketiga kumpulan A menjadi milik pasukan Liquid yang hanya mampu menewaskan pasukan Navi dan juga OG namun tewas kepada Secret dan LGD.FY. Pasukan OG pula hanya mampu menewaskan pasukan Navi yang gagal memenangi kesemua perlawanan mereka. Pasukan OG dan Navi kini tersingkir daripada kejohanan Epicenter 2017.

Bagi kumpulan B pula, pasukan Evil Geniuses menunjukkan kekuatan mereka dengan keputusan bersih memenangi kesemua empat perlawanan mereka. Dua buah lagi pasukan yang akan mara bersama sama dengan pasukan itu adalah Invictus Gaming dan Virtus.Pro. Pasukan Virtus.Pro mengakhiri peringkat kumpulan dengan memenangi kesemua perlawanan mereka kecuali tewas dengan pendahulu, Evil Geniuses. Invictus Gaming pula tewas dua perlawanan mereka iaitu perlawanan bersama sama dengan pasukan Virtus.Pro dan EG.

Dua buah pasukan yang tersingkir daripada kumpulan B adalah Planet Odd dan Clutch Gamers. Clutch Gamers tewas kesemua perlawanan mereka manakala pasukan Planet Odd hanya memenangi sebuah perlawanan iaitu perlawanan antara pasukan itu dan Clutch Gamers. Peringkat suku akhir kejohanan akan bermula pada 9 Jun ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments