Dota 2 Esukan

Dota Summit 7 : Digital Chaos Ganti Clutch Gamers

4 tahun lalu

Dota Summit 7 : Digital Chaos Ganti Clutch Gamers

Beyond The Summit hari ini mnegumumkan kemaskini bagi kejohanan Dota Summit 7 berikut beberapa masalah yang dihadapi sebelum ini. Antara masalah yang timbul pada kejohanan ini adalah kegagalan beberapa pasukan mendapatkan visa bagi menyertai kejohanan itu.

Pasukan CDEC gagal mendapatkan visa dan telah pun digantikan dengan pasukan LGD Gaming. Sebuah lagi pasukan dari Asia Tenggara, Clutch Gamers juga gagal mendapatkan visa bagi kejohanan tersebut. BTS hari ini mengumumkan bahawa pasukan Digital Chaos akan mengantikan pasukan Clutch Gamers di kejohanan tersebut.


Sumber : Beyond The Summit