iOS Mudah Alih

Sekuel Permainan Monument Valley Kini Hadir

4 tahun lalu

Sekuel Permainan Monument Valley Kini Hadir

Sekuel kepada permainan popular, Monument Valley kini boleh dimuat-turun di Apple Appstore. Monument Valley 2 merupakan sebuah permainan yang memfokuskan pada dunia geometri dan ilusi.  Sekuel ini akan mengisahkan tentang seorang ibu dan anaknya yang mengembara kedunia ” Sacred Geometry.” Permainan bergenre puzzle ini memerlukan anda berfikir secara kreatif kerana dunia Monument Valley membenarkan pemain untuk bergerak melalui ilusi geometri yang terdapat didalam permainan ini.

Permainan Monument Valley 2 ini boleh dimainkan pada peranti yang menggunakan iOS 9 keatas. Monument Valley boleh didapati dengan harga RM19.90 di Apple Appstore. Bagi platform, Android, tiada maklumat diberikan sama ada ia akan dilancarkan pada platfrom tersebut.