Rocket League

Rocket League : Kemaskini Ulangtahun Ke-2 – Arena Baharu, Liga Kompetitif Musim Ke-5

3 tahun lalu

Rocket League : Kemaskini Ulangtahun Ke-2 – Arena Baharu, Liga Kompetitif Musim Ke-5

Rocket League mengumumkan kemaskini terbaru bersempena dengan Ulangtahun ke-2 pelancaran permainan tersebut. Kemaskini ini akan tiba pada bulan hadapan, dua tahun selepas Rocket League dilancarkan secara rasmi iaitu pada 7 Julai 2015.

Kemaskini terbaru ini akan hadir dengan beberapa perkara menarik seperti tianya arena baharu iaitu “Champions Field”. Champions Field merupakan sebuah arena yang mempunyai sebuah patung gergasi yang mempunyai logo Rocket League, tiga tingkat tempat duduk penonton dan ia boleh digunakan pada semua perlawanan kompetitif mahupun perlawanan peribadi secara percuma.

Kemaskini ini juga akan membawakan beberapa penambahbaikan seperti kemaskini enjin audio, audio latar baharu, efek grafik terkini dan trofi dan pencapaian serba baru. Nota penuh berkaitan kemaskini ini akan didedahkan kepada  umum di kemudian hari.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments