Dota 2 Esukan

The Summit 7 – Clutch Gamers Gagal Peroleh Visa

3 tahun lalu

The Summit 7 – Clutch Gamers Gagal Peroleh Visa

Pasukan Clutch Gamers mengumumkan bahawa mereka gagal memperoleh visa untuk ke kejohanan The Summit 7 dan terpaksa menarik diri daripada menghadiri kejohanan itu. Clutch Gamers merupakan sebuah pasukan yang berpangkalan di Malaysia namun dibarisi oleh pemain pemain daripada Filipina.

Ini bukanlah kali pertama sebuah pasukan daripada Filipina gagal memperoleh visa. Sebelum ini, pasukan Execration terpaksa menarik diri daripada menyertai Boston Major selepas permohonan visa mereka ditolak. Pasukan itu juga bersama sama dengan pasukan TNC hampir hampir gagal menyertai kejohanan The International 6 selepas permohonan visa mereka pada awalnya ditolak dan hanya berjaya sehari sebelum bertolak ke Seattle selepas mereka membuat permohon semula.

Setakat ini,  masih tiada maklumat tentang pasukan yang akan mengantikan tempat mereka pada kejohanan  itu nanti. The Summit 7 akan berlangsung kurang dua minggu lagi iaitu pada 14 Jun ini bertempat di Los Angeles, California.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments