PC Playstation Steam Xbox

Tekken 7 Kini Hadir Di PlayStation 4, Xbox One dan Steam

4 tahun lalu

Tekken 7 Kini Hadir Di PlayStation 4, Xbox One dan Steam

Permainan pertarungan popular Tekken kini hadir dengan siri terbaru mereka iaitu Tekken 7. Permainan yang dihasilkan oleh Bandai Namco itu merupakan permainan pertama dariapda  siri itu yang dibangunkan menggunakan sistem Unreal Engine.
Permainan ini memfokuskan pada pertarungan antara satu lawan satu. Siri terbaru ini juga memperkenalkan dua mekanisma tambahan iaitu Rage Art dan Power Crush. Rage Art merupakan abiliti yang membenarkan pemain untuk melakukan serangan kritikal yang mampu mencederakan lawan sebanyak 30%.
Power Crush pula membenarkan pemain untuk menyerang lawan mereka walaupun ketika mereka sendiri diserang. Walau bagaimanapun, serangan yang diterima masih mendatangkan kecederaan.
Tekken 7 akan hadir dengan 38 buah karekter dan 20 daripadanya boleh dimainkan pada hari pelancaran manakala karekter selebihnya akan ditambah dari semasa ke semasa. Permainan ini boleh dimainkan di platform Steam, Xbox One dan Playstation 4.