League of Legends 7.11 – Olahan Champion, Bilangan Ban kini 10

4 tahun lalu

League of Legends 7.11 – Olahan Champion, Bilangan Ban kini 10

League of Legend  hari ini memuat-naik nota perubahan patch 7.11 yang mengandungi beberapa perubahan seperti olahan Champion dan penambahan bilangan Bans. Champion yang akan di olah pada patch kali ini adalah Rek’Sai, Kindred, and Malzahar.

Rek’Sai menerima beberapa perubahan antaranya adalah kuasa Ultimate Rek’Sai kini akan menyebabkan dia melompat ke arah lawan yang dicederakannya. Kindred pula menerima perubahan dimana stack pasif beliau akan menambah jarak serangan dan memperkuatkan kuasa abilitinya. Malzahar pula diubah agar abiliti Q, E dan R menjadi lebih berkuasa.

Sebuah lagi perubahan besar pada patch ini adalah bilangan bans yang akan ditambah. Bilangan bans pada mod permainan draft Summoner’s Rift kini adalah 10. Kemaskini ini akan dilakukan secara berperingkat bermula dengan permainan draft normal di rantau Amerika Utara.

Nota penuh kemaskini ini boleh didapati dilawan web League  of Legends.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments