Dota 2 Esukan

Zotac Cup Masters – Hari Pertama

3 tahun lalu

Zotac Cup Masters – Hari Pertama

Hari pertama kejohanan Zotac Cup Masters berakhir dengan pasukan Newbee berjaya menewaskan pasukan IG.Vitality sekaligus memperoleh kedudukan tertinggi didalam kumpulan A dan mara ke separuh akhir pusingan penentuan . Sebelum perlawanan tersebut, kedua dua pasukan mengalahkan dua buah lagi pasukan didalam kumpulan A iaitu pasukan WarriorGaming.Unity dan Digital Chaos.

Pasukan IG.Vitality pula mara kepusingan suku akhir dan akan disertai oleh pemenang bagi perlawanan antara pasukan WarriorGaming.Unity dan Digital Chaos yang akan berlangsung esok. Bagi kumpulan B pula, pasukan NP meneruskan prestasi baik mereka daripada kejohanan The Manila Masters setelah berjaya menewaskan pasukan Singularity.

Pasukan NP akan bertemu dengan pasukan Fnatic yang berjaya menewaskan lawan mereka iaitu pasukan Danish Bears. Pemenang bagi perlawanan ini akan mara ke separuh akhir pusingan penentuan.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments