PC Steam

Pembangun RiME Hanya Akan Buang Sistem Denuvo Selepas Ia Berjaya Dipintas

4 tahun lalu

Pembangun RiME Hanya Akan Buang Sistem Denuvo Selepas Ia Berjaya Dipintas

Permainan yang baru sahaja dilancarkan pada minggu lalu iaitu RiME akan mengikut jejak langkah permainan Inside dimana ia hanya akan menyediakan versi permainan tanpa sistem DRM Denuvo setelah ia berjaya digodam. Denuvo merupakan sebuah sistem yang mengyulitkan sesebuah permainan atau software bagi menghalang ia daripada digodam.

Sejak kebelakngan ini, sistem Denuvo semakin mudah dipintas sehinggakan pengguna merungut bahawa ianya kewujudannya tidak membantu malah hanya mengakibatkan prestasi permainan merudum ketika dimainkan.

Langkah pembangun RiME, Tequila Works mengambil keputusan ini dilihat sebagai cara untuk meningkatkan jualan pada jangka masa permulaan ia dilancarkan dan hanya akan mengemaskini permainan tersebut tanpa Denuvo setelah ia berjaya dipintas kelak, setelah sistem itu tidak lagi diperlukan.

Sumber : Kotaku
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments