Dota 2 Esukan

Manila Masters – LB – Secret vs NP

4 tahun lalu

Manila Masters – LB – Secret vs NP

Perlawanan pertama bagi lower bracket Manila Masters memperihatkan tersingkirnya pasukan Secret selepas tewas kepada pasukan NP dengan keputusan yang berakhir 2-1. Siri pertama memperlihatkan pasukan Secret mendahului dengan hero ikonik Midone iaitu Invoker. Siri tersebut tamat memihak kepada Secret dengan skor 31 berbalas 21.

Namun begitu pasukan NP bangkit pada siri kedua dengan memilih Lina, Luna, Batrider, Treant Protector dan Warlock berhadapan dengan Queen of Pain, Troll Warlord, Kunkka, Jakiro dan Abbadon.

Pada siri ketiga, pasukan Secret bagaikan tiada jawapan bagi menghadapi pasukan NP yang lebih seragam dan sefahaman ketika menyerang. NP dengan mudah memenangi siri tersebut. Pasukan NP akan bertemu dengan dengan pasukan Invictus Gaming pada pusingan kedua bagi lower bracket Manila Masters.

Dotabuff
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments