PC Playstation Xbox

Trailer DLC Titanfall 2 – Monarch’s Reign Papar Tibanya Titan Baru

3 tahun lalu

Trailer DLC Titanfall 2 – Monarch’s Reign Papar Tibanya Titan Baru

Pembangun Titanfall 2, Respawn berkongsikan sebuah trailer bagi Monarch Reign, sebuah DLC bagi permainan tersebut hari ini. Trailer tersebut memaparkan hadirnya beberapa titan baru, peta tambahan dan ciri ciri dan fungsi terbaru semasa bermain.

Antara titan yang diperkenalkan didalam video tersebut adalah Monarch Titan dan dua buah Prime Titan. Monarch Titan adalah sebuah Titan dari kelas Vanguard yang mempunyai skill menarik seperti kebolehan mencuri bekalan kuasa daripada lawan untuk mengembalikan kuasa perisai titan anda.

Dua buah Prime Titan baru akan diperkenalkan pada DLC ini iaitu Ronin Prime dan Tone Prime. Selain itu, DLC ini juga akan mengembalikan sebuah peta daripada permainan asli Titanfall iaitu peta dimana terhempasnya kapal IMS Odyssey.

Perkara menarik lain yang disertakan pada DLC ini adalah fungsi menghilangkan diri anda daripada pandangan musuh yang digelar Now You See Me. Fungsi ini membolehkan anda menjadi halimunan dan mampu menyerang musuh tanpa disedari mereka. DLC Monarch’s Reign ini akan tiba secara rasmi pada 30  Mei ini.

guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments