Dota 2 Esukan

Theeban “1437” Siva Sertai TNC Pro Team

4 tahun lalu

Theeban “1437” Siva Sertai TNC Pro Team

Bekas pemain pasukan NP, Theeban “1437” Siva hari ini disahkan akan menyertai pasukan TNC Pro Team pada jendela perpindahan Post-Kiev Major ini. 1437 atau Rose akan bermain di posisi 5 menggantikan Ryo “ryOr” Hasegawa bagi pasukan itu.

1437 juga akan menjadi ketua pasukan TNC yang bru mengantikan Carlo “Kuku” Palad kerana pasukan itu menyatakan bahawa pengalaman beliau ketika menjadi pemain dan jurulatih bagi pasukan pasukan ternama akan dapat membantu meningkatkan prestasi pasukan TNC yang semakin merudum kebelakangan ini.

TNC juga menyatakan bahawa ryOr akan kekal bersama organisasi mereka dan mereka mempunyai perancangan tersendiri bagi pemain itu. TNC juga akan mengekalkan penganalisis mereka iaitu Kipspul bagi musim akan datang.

TNC Pro Team

  • Marc “Raven” Polo Luis Fausto
  • Carlo “KuKu” Palad
  • Samson “Sam_H” Solomon Enojosa Hidalgo
  • Timothy “Tims” Randrup
  • Theeban “1437” Siva