Dota 2 Esukan

Feero Sertai Complexity Untuk Kejohanan Epicenter

4 tahun lalu

Feero Sertai Complexity Untuk Kejohanan Epicenter

Pendatang baru didalam dunia profesional Dota 2, Feero disahkan bakal menyertai pasukan Complexity bagi kejohanan Epicenter di Moscow. Feras “Feero” Hroob merupakan seorang pemain dari Jordan yang sebelum ini bermain untuk pasukan B)ears yang berpangkalan di Eropah. Pasukan B)ears dibubarkan setelah gagal dalam peringkat kelayakan bagi dua kejohanan yang disertai mereka iaitu DAC dan The Kiev Major.

Bagi menghadapi Epicenter, Complexity juga menambah seorang lagi pemain iaitu Vlad. Mereka berdua menggantikan dua pemain yang meninggalkan pasukan itu iaitu Jaron “monkeys-forever” Clinton dan Eric “747” Dong.

For the upcoming @epicentergg and @BeyondTheSummit qualifiers we will be playing with Feero on the 2 and Vlad on 5. I’ll be the 3. #coLDota

— Kyle Freedman (@melonzzdota) May 6, 2017